![]() |
One day Palestine will be free... |
Assalamu'alaikum wbt.
Apa khabar iman hari ni? Sihat? Kalau sihat, alhamdulillah..Kalau tak sihat, cepat-cepatlah rawat ye sebelum menjadi lebih parah..^^
Hari ini merupakan hari ke-15 bulan Ramadhan, bermakna kita telah memasuki fasa kedua di bulan yang mulia ini iaitu fasa pengampunan (maghfirah) daripada Allah SWT dan kita juga telah terpilih oleh-Nya untuk menjadi tetamu Ramadhan selama setengah bulan. Mudah-mudahan kita dapat meneruskan hingga ke akhirnya, in shaa Allah..:)
Erm..di manakah kita sekarang? Di Malaysiakah? Di Australiakah? Di rumahkah? Di sekolahkah? Atau sekarang ni kita sedang enak berbaring di atas katil? Eh. Tidak..bukan itu yang ingin ana kupaskan di sini. Tak kiralah di mana pun kita berada, yang penting dan aula sekali, hati kita di mana? Iman dan taqwa kita bagaimana? Masih senipis kulit bawangkah atau sudah setebal jaket yang dipakai pada musim sejuk yang teramat sejuk? Eheh.
Sebenarnya, iman sangat banyak kaitannya dengan apa yang ana nak sampaikan dalam entri kedua ana ni (sebelum blog ni bersawang..huu..ok, fokus!). Baiklah, sebenarnya di manakah kita sekarang ni? Di manakah kita di saat orang-orang di sekeliling kita memerlukan kita? Di manakah kita pada ketikanya ibu kita meminta tolong untuk melakukan kerja-kerja rumah yang taklah seberat mengangkat berat 100 kg? Di manakah kita di saat azan berkumandang memanggil-manggil kita untuk menghadap Rabbul 'Izzati? Di manakah kita tatkala sahabat kita menangis teresak-esak sehingga habis berpuluh-puluh kotak tisu kerana diuji dengan ujian yang cukup hebat? Di manakah kita semua ketika jiran sebelah rumah kita terkapai-kapai dalam lautan dosa yang begitu dalam? Di manakah kita semasa saudara-saudara seaqidah kita diperkosa, dibunuh, diseksa tanpa belas kasihan di Gaza, Mesir, Syria, dan Rohingya?
![]() |
Pray for Palestine, Syria, Egypt and all Muslims.. |
Allahu..Mungkinkah waktu ibu kita hendak meminta tolong kita, kita sibuk melayan drama-drama di televisyen? Adakah ketika tok bilal sedang melaungkan azan, kita masih lagi sibuk bermain game sampai tak ingat dunia? Patutkah sekiranya sahabat sejantina kita sekadar meminta telinga kita untuk mendengar masalahnya dan bahu untuk menangis, kita pula asyik melayan 'kawan' kita berlainan gender dengan chatting2 yang lagho (mana yang lebih penting? dan terang-terang Allah kata jangan dekati zina dalam surah al-Isra' ayat 32 - pi tadabbur sat mana-mana yang tak sedar-sedar lagi tu, termasuk ana jugak..=_=')? Wajarkah tatkala ummah ini sedang tenat dengan dosa, kita pula yang mengaku dai'e (kerana sesiapa yang mengucap Laailaaha illallah, maka dia seorang dai'e) enak bermalas-malasan, goyang kaki tengok tv sambil mengunyah kerepek? Adakah kita tegar memekakkan telinga, membutakan mata, mengakukan (kata dasar: kaku - don't really know the exact term.. huu) jasad pada waktu umat Islam di seluruh dunia ditindas tanpa sebarang pembelaan dan keadilan?
Nastaghfirullah 3x.. Seperti yang kita tahu (rasanya semua tahu kot), saudara-saudara kita di Gaza sedang diserang bertubi-tubi di Palestin oleh Israel laknatullah pada bulan Ramadhan ini. Betapa ramainya jumlah anak kecil, kanak-kanak dan wanita yag tidak bersalah menjadi korban di sana. Hancur luluh hati ini tatkala melihat rumah-rumah, bangunan-bangunan, masjid-masjid dan sekolah- sekolah yang musnah dalam sekelip mata apabila dihujani butiran peluru dan bedilan bom. AllahuAkbar..Lebih robek dan menyayat hati lagi apabila melihat anggota-anggota yang terlerai daripada jasad, jasad- jasad syahidiin dan para mujahidiin yang bergelimpangan di bumi yang penuh berkah dan juga jeritan-jeritan sayu meminta belas untuk membantu saudara mereka yang tercedera..AllahuAllah..Tapi, betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sungguh..
Yakinlah kita dengan firman-Nya:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (seksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya..."
(QS al-Baqarah, 2:286)
MasyaAllah..kuatnya iman dan aqidah mereka sehingga Allah memberikan ujian yang seberat itu kepada mereka. Agak-agaknya, jika ujian sehebat itu ditimpakan kepada kita yang imannya tak seberapa ni, mampukah kita menghadapinya? Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Kita di sini tak perlu pun diuji dengan peperangan fizikal. Sedangkan serangan pemikiran (ghazwul fikri ) pun kita dah kalah, usahkan nak berperang yang sebenarnya macam mereka Lihat sahaja di sekeliling kita, betapa ramainya yang terus hanyut dengan maksiat, hedonisme, sekularisme dan liberalisme. Yang sedih dan lebih parah lagi, golongan-golongan agama pula seolah-olah bertumpu kepada yang sudah baik agama dan akhlaknya. Lantas, siapa lagi yang ingin menarik mereka dari lembah neraka ke pintu syurga kalau bukan golongan ini? Ana tak katakan semua, tapi golongan seperti ini memang wujud. Nak tarik golongan mat rempit, bukannya kita perlu merempit sekali. Tak. Nak bimbing golongan kaki arak, tak bermakna kita perlu teguk air kencing syaitan itu sekali. Tak, bukan begitu. Tetapi tak bermaksud kita kena tinggalkan mereka ini. *pening la pulak..-_-*
Kita memang tidak boleh berkawan dengan ahli maksiat sebab kita dituntut untuk berkawan dengan orang-orang yang baik kan? Namun begitu, kita masih boleh mempengaruhi mereka untuk berubah menjadi lebih baik (dengan kita sekali la ye berubah ke arah yang lebih baik, in shaa Allah..^^). Nak mempengaruhi orang sekeliling kita bukan senang, tapi tak mustahil. Pastikan diri kita begitu kuat, utuh, jitu dan mapan asas agama dan aqidah untuk mendekati golongan yang tersasar dari landasan-Nya agar bukan kita pula yang tertarik mengikut jalan hidup mereka. Yang paling penting, jangan lupa berdoa kepada-Nya kerana hidayah itu milik Dia, bukan milik kita. Kita hanya mampu berdakwah, selebihnya hanya Dia yang berhak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Pada masa yang sama, dakwah kita tu mestilah bilhikmah (dengan berhikmah) barulah dakwah kita tu lebih efektif dan mantop..^^
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik...."
(QS an-Nahl, 16:125)
Dan berbalik kepada isu Palestin, Mesir, Syria dan sebagainya, ingin ana titipkan sedikit pesanan untuk kita semua. Moga bermanfaat..:)
Boikot lah selagi termampu.
Dermalah walaupun nilainya tidak sebesar mana.
Abaikan yang berkata-kata,
"Kau boikot ni semua tak guna pun. Kau sorang je yang boikot, berjuta-juta lagi yang sokong. Diorang takde kesan pun. Last2 kau jugak yg merana tak boleh makan tu, guna ni. Banyak kot produk2 Israel."
AllahuAllah..nanges banjir satu mukim..:'(
Ada ke Allah kata, tak guna kita buat itu ini untuk bantu Islam, bantu umat Islam kalau ianya langsung tak membawa kepada kejayaan atau hasil yang dikehendaki? Takde kan?
Biarla boikot kita tu dipandang enteng oleh manusia, ditohmah tanpa peduli apa yang dirasa. Yang penting, kita cuba sedaya upaya kita untuk bantu saudara-saudara kita. INGAT! Allah tak lihat hasil, tapi Allah lihat usaha kita. Bersungguh-sungguh ke tak? Atau sekadar melepaskan batok di tangga? *hentuk kepala*
![]() |
Boikot jangan tak boikot! Takbir!! |
Lupakah kita pada kisah seekor burung yang berusaha untuk memadamkan api yang ingin membakar tubuh Nabi Ibrahim a.s.?
Walaupun usahanya dengan kudratnya yang tak seberapa (maklumlah, burung besar mana sangat kan?), tapi burung itu tahu yang kelak dia akan dipersoalkan apakah sumbangannya untuk membantu Nabi. SubhanAllah...
Kalau kita kata, tak ada guna boikot segala bagai, derma seciput tu apalah sangat, kalau macam tu, tak payah la kita susah-payah solat, puasa dan sebagainya.
Eh, kenapa? Bukan ke ramai orang tak buat? Berlambak-lambak macam murtabak manusia2 yang kononnya Muslim dengan angkuhnya makan di khalayak di bulan Ramadhan. Allah..berduyun-duyun yang meninggalkan solat fardhu semberono seolah-olah Hari Kiamat itu tiada dan azab kubur itu sungguh nikmat.
La..bukan ke kata nak ikut orang. Orang tak solat, kita tak solat. Mereka tak puasa, kita takyahla puasa kan? Jadi, kalau beberapa kerat je yang boikot, kita tak usah la boikot kan? Sia-sia je kan? *facepalm*
Kalau macam tu, kalau mereka sedang menempah jalan ke neraka, silakan tumpang sekaki ye. Kata nak ikut orang kan?
Hurm..lupakah kita bahawa umat Islam itu bersaudara? Innamal mu'minuuna ikhwah...
Kita ni umat Islam umpama satu jasad. Kalau ada satu je anggota kita yang terluka, habis yang lain turut rasa sakit. Peribahasa kata, cubit peha kanan, peha kiri terasa sakit. Ana pula kata, tangan hiris bawang, mata pulak yang menangis (sebab terluka kena pisau..huu)
Jadi, bantulah ye..doa, qunut nazilah, boikot, derma dan lagi daebak kalau dapat jadi mujahidiin kat sana. Tapi kalau tak mampu nak angkat senjata berperang fi sabiilillah dengan depa, meh la sama2 kita angkat tangan kita berdoa, ringan-ringankan tangan kita menderma dengan ikhlas (kerana tangan yang di atas itu lebih baik drpd yg di bawah), boikot McD, Cokes, Nestlé etc setakat yg kita mampu (tak mati pun x makan McD, dahla banyak kolestrol..=.=').
![]() |
Stop Zionists and free Palestine.. |
And on top of that, alang2 kita nak bantu umat Islam, kita kenalah juga bantu Islam. In tansurullaha yansurkum...Bantulah Islam dengan tegakkan Islam di muka bumi ni dengan dakwah dan tarbiyah. Kalau ada kuasa, gunakannya untuk laksanakan syariat2 Islam. Aqidah biar kuat, kukuh, utuh, jitu, yakin penuh percaya. Cukup-cukuplah berkelahi, bercakaran. Biasa la tu berbeza pendapat, fikrah, tapi aqidah kita sama kan? So, marilah kita bersatu. *doa wahdah* :)
#Pray4Gaza
#Pray4AllMuslims
*moga2 dosa2 ana yang menimbun tidak menghalang apa yg cuba disampaikan kepada antum antunna..kerana hati yg mati tak mungkin dapat hidupkan hati yg mati juga..Allahu..moga Allah beri hidayah dan taufiq..ameen Ya Rabb..
Wallahua'lam.
::InniAkhafullah::