Achieving Jannah ain't easy, but it's worth than anything in this Dunya. Jika dunia yang menjadi dambaanmu, maka akhirat akan meninggalkanmu. Jika akhirat itu yang dikejar, nescaya dunia akan berada dalam genggamanmu. 'Isy 'aziizan au mut syahiidan..ihfazillaha yahfazka..
My Blog List
Wednesday, 2 July 2014
Bismillahirrahmaanirrahiim..
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh..
Alhamdulillah, syukur kepada-Nya kerana akhirnya blog yang tidak sebarapa ini berjaya juga dibina setelah sekian lama niat itu terbuku dan hampir terpadam. Mungkin ana bukanlah seorang yang pandai berkata-kata ataupun hebat mengatur pena melakar aksara, tetapi diri ini ingin sekali menggunakan kesempatan waktu yang diberikan-Nya untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk ummah. Tak banyak, sedikit. Tak sedikit, banyak. Eh. Apapun, mudah-mudahan usaha yang tidak seberapa ini bernilai di mata-Nya.
Sebutir peluru mungkin boleh menembusi satu kepala, tetapi satu tulisan boleh menerobos sejuta fikiran. Jadi, ana harap dengan kewujudan blog ini sedikit sebanyak dapat mewarnai dunia dakwah alam maya yang menjadi medium bagi kebanyakan da'ie millenium. Seiring dengan pantasnya perkembangan teknologi kini, moga-moga kita dapat tingkatkan iman dan taqwa kita juga selaju yang boleh ke tahap yang maksimum. Kerana Mukmin yang professional itu hari ini lebih baik daripada semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Dan kerana kita penyambung rantai perjuangan Baginda Rasulullah, jangan pernah berputus asa kerana sifat berputus asa itu adalah sifat orang-orang kafir.
"...dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir."
(QS Yusuf, 12:87)
Suka ana selitkan satu puisi ringkas sebelum ana mengundurkan diri..
~::Di Jalan Ini::~
Jalan ini,
jalan yang kau tempuh ini,
bukanlah jalan yang biasa,
tetapi penuh ranjau berduri.
Jika kau terus alpa dan leka,
tidak mustahil kau ditarik ke lembah yang hina,
namun jika kau gagah penuh taqwa,
tidak mustahil di sana kau insan mulia.
Jalan ini,
telah ditelusuri insan-insan terpilih,
meskipun sukar, meskipun payah,
tetap dilangkahi tanpa semangat yang patah.
Moga di jalan ini,
kau mampu menebarkan cinta-Nya,
kau bisa membangunkan jiwa-jiwa hamba,
kau dapat meneruskan perjuangan tanpa rasa hampa.
Ya, jalan ini,
inilah tarbiyah, inilah dakwah,
kepada dirimu kau bermujahadah,
kepada dunia kau tunjukkan jalan ke Jannah.
::InniAkhafullah::
Wallahua'lam. Assalamu'alaikum wbt. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Smoga kita sume dlm rahmatNya. Matlamat hidup mncpai mardhotillah.amin. inshaa Allah ;)
ReplyDeleteAameen Ya Rabb..in shaa Allah..jangan berputus asa utk mencapai redha-Nya..^^
ReplyDelete